Negeri dan wilayah Australia

Australia terdiri daripada enam buah negeri, dua wilayah besar di tanah besar, serta wilayah-wilayah kecil yang lain. Negeri-negeri tersebut ialah New South Wales, Queensland, Australia Selatan, Tasmania, Victoria and Australia Barat, manakala dua wilayah tanah besar ialah Wilayah Utara dan Wilayah Ibu Kota Australia.Dari kebanyakan segi, wilayah-wilayahnya mempunyai fungsi yang serupa dengan negeri-negerinya, tetapi Parlimen Komanwel boleh menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen-parlimen wilayah. Secara perbandingan, undang-undang persekutuan hanya boleh menolak undang-undang negeri dalam beberapa bidang yang diterangkan dalam Seksyen 51 di dalam Perlembagaan; semua kuasa perundangan yang baki dikekalkan oleh parlimen-parlimen negeri, termasuklah kuasa terhadap hospital, pendidikan, polis, badan kehakiman, jalan raya, pengangkutan awam, dan kerajaan tempatan.

Setiap negeri dan wilayah mempunyai badan perundangan sendiri (Wilayah Utara, Wilayah Ibu Kota Australia dan Queensland mempunyai satu badan perundangan, manakala negeri-negeri yang lain mempunyai dua badan perundangan). Dewan Rakyat dikenali sebagai Legislative Assembly (House of Assembly di Australia Selatan dan Tasmania), manakala Dewan Pertuanan dikenali sebagai Legislative Council. Ketua kerajaan di setiap negeri dan wilayah masing-masing dipanggil Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Ratu diwakili di dalam setiap negeri oleh Gabenor; Pentadbir Wilayah Utara dan Gabenor Jeneral Wilayah Ibu Kota Australia mempunyai peranan yang sama.

Australia juga mempunyai beberapa wilayah kecil; kerajaan persekutuan mentadbirkan Wilayah Teluk Jervis, sebuah kawasan yang berasingan di New South Wales, sebagai pangkalan tentera laut dan bandar pelabuhan untuk ibu negara. Selain daripada itu, Australia mempunyai wilayah-wilayah luar yang didiami penghuni, iaitu Pulau Norfolk, Pulau Christmas, serta Kepulauan Cocos (Keeling), dan beberapa wilayah luar yang tidak banyak berpenghuni: Kepulauan Ashmore dan Cartier, Kepulauan Laut Coral, Pulau Heard and Kepulauan McDonald dan Wilayah Antartik Australia.

Rujukan

WikiPedia: Australia http://www.austlii.edu.au/au/legis/cth/consol_act/... http://www.abs.gov.au/ http://www.abs.gov.au/Ausstats/abs@.nsf/0/68180154... http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445... http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445... http://aec.gov.au/_content/What/voting/faq_general... http://www.aec.gov.au/_content/when/referendums/19... http://www.aiatsis.gov.au/rsrch/rsrch_dp/genocide.... http://www.aph.gov.au/Senate/committee/legcon_ctte... http://www.aph.gov.au/library/parl/42/ministry/min...